Monday, November 15, 2010

Mengapa Kita Perlu Dilindungi

Perlindungan life insurans ni penting. Sekurang-kurangnya setiap individu WAJIB mempunyai 1 polisi bagi melindungi diri dan keluarga dari sebarang musibah atau kemungkinan buruk yang kita tidak tahu bila dan di mana akan berlaku. Jadi dengan adanya polisi insuran dapat memberikan kelegaan kewangan apabila berlakunya perkara tidak diingini dan ianya juga adalah satu kaedah simpanan serta pelaburan yang baik untuk masa hadapan kita.

Secara amnya terdapat 2 jenis insurans iaitu insurans am dan insurans hayat (Life Insurans). Insurans am memberi perlindungan jangka pendek atas harta benda dan liability terhadap mana-mana kerugian atau kerosakan. Life Insurance memberi perlindungan jangkamasa panjang terhadap diri (life) kita. Di ruangan ini saya akan lebih focus kepada insurans hayat (Life Insurance).




No comments:

Post a Comment